SMK Batu Kawa Mantapkan Orientasi Tingkatan 4
Sebanyak 380 pelajar tingkatan 4 SMK Batu Kawa telah mengikuti dengan Program Orientasi Pelajar tingkatan 4 SMK Batu Kawa 2011. Program ini diketuai oleh cikgu Jonna Ak Randog dan telah berlangsung selama tiga hari iaitu bermula pada 3 Januari 2011 sehingga 5 Januari 2011 bertempat di Dewan Semerbak SMK Batu Kawa.
Program Orientasi telah dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Batu Kawa dengan tema “Pemantapan Ilmu Pemangkin Pelajar Berwibawa”. Program Orientasi Pelajar Tingkatan 4 merupakan satu usaha untuk memberi pendedahan dan maklumat kepada pelajar-pelajar selaras dengan perkembangan sistem pendidikan terkini melalui pembentukan sahsiah dan konsep kendiri yang positif.
Selain itu, program ini juga bertujuan untuk membimbing pelajar memahami dan menghayati sistem pembelajaran yang lebih berkesan sebagai persediaan ke arah pencapaian akademik yang cemerlang. Program ini mendedahkan pelajar kepada mata pelajaran yang ditawarkan di SMK Batu Kawa Tahun 2011 justeru memantapkan pengetahuan pelajar berkaitan dengan visi, misi dan hala tuju SMK Batu Kawa.
Program Orientasi Pelajar Tingkatan 4 SMK Batu Kawa 2011 telah berjalan sepertimana yang dirancangkan. Program ini telah dirasmikan oleh Pengetua SMK Batu Kawa, En Nedumaran A/L Lingappan dengan amanat yang penting kepada para pelajar sebagai pelajar SMK Batu Kawa yang berkualiti dan berdisiplin. Menurut beliau, “para pelajar hendaklah sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran yang mendatang pada peringkat menengah atas”.
Pengisian program menerusi taklimat dan ceramah amatlah bermanfaat kepada para pelajar. Program ini dilengkapkan dengan taklimat pakej mata pelajaran yang disampaikan oleh Guru Kanan, Cikgu Tay Yaw Loi, taklimat kokurikulum oleh Penolong Kanan Kokurikulum, cikgu Arrick Bantin, taklimat disiplin oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, ceramah bertajuk “The Bell Shape Successful Principles” oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Cikgu Jais Bin Sahok dan taklimat pengenalan kepada mata pelajaran teras dan elektif oleh ketua bidang dan ketua panitia matapelajaran.
Pihak sekolah amat berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan oleh para pelajar dan semua guru yang terlibat. Pelajar yang ditemui mengatakan bahawa program orientasi ini amatlah bermanfaat kerana mereka dapat memahami dan bersedia mengikuti haluan pembelajaran menengah atas.
Awak Langgar peraturan Sekolah Buat Apa..., buat susah sendiri sahaja... PK HEM
Cikgu Cathrine Edwin pula bercerita tentang Kesusasteraan Melayu
Jadi pelajar saya mesti hebat..., ingat
Jais Sahok dengan gayanya menyampaikan Bell Shape Successful Personality Principles
Pelajar asyik mendengar ceramah yang disampaikan
PK HEM Menunjukkan Contoh Gaya Rambut yang Terbaik
Sebahagian pelajar T4 khusyuk mendengar ceramah yang disampaikan
Seni Visual ada indahnya dalam estetika kehidupan.... tak percaya.... cuba dulu
0 comments:
Post a Comment