Followers

ANDA SUKA BLOG INI??

LAMAN WEB SEKOLAH

LAMAN WEB SEKOLAH
SILA KLIK PADA GAMBAR
Bertindak Sebelum Terlambat, Anda Mampu Mengubahnya!

Anda Semua Mampu Berjaya Dan Pasti Berjaya sekiranya Anda Mahu!

Kami sedia Membantu Anda, Buatlah Temujanji anda Hari Ini!

Monday, February 14, 2011

Orientasi Tingkatan 1


Tajuk: Semerbak Cemerlang
Oleh: Wan Nasuha
Bertemakan “Semerbak Cemerlang” yang merupakan kata keramat bagi membangkitkan semangat para pelajar SMK BATU KAWA, Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMK Batu Kawa telah membuka tirai tahun 2011 dengan menganjurkan program orientasi pelajar Tingkatan satu dan peralihan Smk Batu Kawa. Program ini telah dilangsungkan selama seminggu dengan jayanya iaitu bermula pada 3 Januari 2011(Isnin) sehingga 7 januari 2011 (Jumaat) yang bertempat di Dewan Semerbak SMK Batu Kawa.
Alam Sekolah menengah merupakan alam baru yang bakal ditempuh oleh pelajar tingkatan satu dan peralihan iaitu mereka akan menghadapi perubahan dari alam sekolah rendah ke sekolah menengah yang mana mereka akan berhadapan dengan suasana pengajaran dan pembelajaran yang amat berbeza daripada apa yang telah mereka alami semasa di sekolah rendah.
Pendedahan dan maklumat awal merupakan suatu perkara yang sangat penting bagi mereka dan ini juga merupakan tujuan utama program ini dilaksanakan selaras dengan perkembangan sistem pendidikan terkini melalui pembentukan sahsiah dan konsep kendiri yang positif.
Selain itu, program ini juga bertujuan untuk membimbing pelajar memahami dan menghayati sistem pembelajaran yang lebih berkesan sebagai persediaan ke arah pencapaian akademik yang cemerlang.
Permulaan program orientasi tingkatan satu dan peralihan ini diserikan dengan ucapan amanat dari tuan pengetua SMK Batu Kawa, En. Nedumaran A/L Linggapan.
 Antara amanat penting bagi warga baru sekolah iaitu pelajar tingkatan satu dan peralihan ini ialah agar menjadi pelajar SMK Batu Kawa yang berkualiti dan berdisiplin.
 Selain itu, beliau mengamanahkan supaya setiap pelajar hendaklah sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran yang mendatang pada peringkat sekolah menengah.
 Pengisian program lebih menjurus ke arah pendedahan awal kepada pelajar berkaitan SMK Batu Kawa dan alam baru yang bakal dilalui oleh pelajar. Antara pengisian penting yang dijalankan selama seminggu program ini berlangsung ialah taklimat “Projek Nilam” yang disampaikan oleh Brink Senget.
 Taklimat “Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling” pula disampaikan oleh Puan Maria Lok. “Khidmat kaunseling penting untuk pelajar,”: tegas Cikgu Maria. Kaunseling memberi    anda kemudahan dalam bentuk bimbingan secara menyeluruh. Hal ini kerana, kaunseling merupakan suatu proses interaksi yang membolehkan individu memahami diri dan situasinya. Proses ini akan mengakibatkan pembentukan atau penjelasan matlamat dan nilai hidup individu itu hingga dia dapat menentukan tindakan yang wajar untuk masa depannya.
 Taklimat “Pemilihan Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu” iaitu KT pula disampaikan oleh cikgu Andrew Bong, ERT oleh cikgu Selina Moneg dan Perdagangan oleh cikgu Dumang.
 Taklimat kokurikulum disampaikan oleh guru Penolong Kanan Kokurikulum, cikgu Arrick Bantin. Beliau menegaskan kepentingan kokurikulum terhadap pembentukan sahsiah dan mampu menjana modal insan yang cemerlang.
 Taklimat “Pusat Sumber” oleh Margerat Phang, Taklimat “Keselamatan Di Makmal Sains” dan “PEKA Sains” oleh Genevieve Yong, Taklimat ”Visi dan Misi Sekolah” dan  ”165” oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Cikgu Jais Sahok, dan taklimat “Koperasi” oleh Sophia Tan.
 Selain itu, beberapa pengisian menarik juga dijalankan iaitu Slot Bersama PK Petang yang bertajuk “Mengenal Sekolah Anda” oleh cikgu Bobby Langat, terdapat juga slot  ceramah yang disampaikan oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Neo Hui Kiam yang bertajuk “Budaya Di Sekolah Menengah”
 Ceramah terakhir yang disampaikan kepada pelajar ialah ceramah yang bertajuk ”Personaliti Terjulang Pelajar Sekolah Menengah” oleh cikgu Jais Sahok dan program ini diakhiri dengan pembahagian buku teks kepada pelajar pada hari terakhir program.
 Kerjasama dari pihak sekolah, guru-guru serta para pelajar telah menjayakan program ini dan dapat memberi manfaat kepada semua pihak. Pelaksanaan program ini juga dapat membuka minda pelajar atau warga baru SMK Batu Kawa tentang dunia baru yang bakal ditempuhi oleh mereka. Pihak sekolah juga mengucapkan selamat datang kepada warga baru ini dan diharap pelajar tingkatan satu dan peralihan dapat meningkatkan lagi nama baik sekolah sama ada dari segi akademik mahupun bidang kokurikulum.
 Tinjuauan ke atas pelajar yang terlibat dalam orientasi ini rata-rata menyatakan rasa puas hati mereka. Lebih-lebih lagi mereka memperoleh hadiah buku karangan sendiri oleh Cikgu jais Sahok. Hadiah tersebut diberikan kepada mereka diatas komitmen yang ditunjukkan sepanjang program ini berlangsung.
3 guru bimbingan dan kaunseling bersama pelajar terbaik sepanjang program













3 guru bimbingan dan kaunseling bersama pelajar terbaik sepanjang program
awak baca elok-elok awak dapat hadiah buku saya kata c jais












Awak Baca elok-elok, awak dapat hadiah buku saya.... kata C jais
cikgu maria menyampaikan taklimat perkhidmatan bimbingan dan kaunseling












Cikgu Maria menyampaikan taklimat Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
cikgu wan nasuha menyampaikan hadiah buku ngoncong kepada seorang pelajar












Cikgu Wan Nasuha menyampaikan hadiah buku Ngoncong kepada seorang pelajar
dah dapat hadiah baca ya












Dah dapat hadiah, baca ya...
nyanyi kuat-kuat kata cikgu sharifah penuh semangat












Nyanyi kuat-kuat, kata Cikgu Sharifah penuh semangat
pelajar t1 bangga memiliki buku catatan harian smk batu kawa












Pelajar T1 bangga memiliki buku catatan harian SMK batu kawa

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...