- Kaunseling kelompok membuka jalan kepada individu mengubah sikap dan tingkahlakunya, mengikut nilai dan tanggapan asal sesebuah kelompok.
- Semua fungsi ini digunakan dalam sesebuah kelompok kecil dengan berkongsi masalah peribadi bersama rakan sebaya
matlamat:-
- Membantu pertumbuhan pelajar dalam bidang akademik serta mewujudkan interaksi individu yang lebih sihat.
- Mewujudkan program pencegahan yang dapat mengurangkan krisis dalam diri dan krisis di antara individu.
- Mengurangkan masalah disiplin serta mewujudkan suasana yang lebih seronok di sekolah.
- Menanamkan rasa penerimaan diri sendiri dan belajar untuk mengurangkan jual mahal atau tarik diri.
- Menyedari dan menerima beberapa persamaan dalam diri seseorang.
- Membolehkan seseorang itu sabar terhadap sebarang kesusahan.
Ciri-ciri:-
- Memberi focus kepada pemikiran sedar dan tingkah laku.
- Penyertaan haruslah secara sukarela. Peserta harus bersedia berkongsi pengalaman dan bersedia mengubah diri.
- Sebelum menjadi peserta, penerangan yang jelas tentang objektif kelompok harus diberi kepada peserta dan pentadbir.
- Bentuk kelompok yang beraneka jenis ideal jika mempunyai 8 hingga 10ahli yang berjumpa sekali atau dua kali seminggu selama 1 hingga 1½ jam dalam 3 hingga 5 sesi. Jumlah sesi bergantung kepada keperluan peserta serta kemampuan kaunselor.
- Peranan seorang peserta kelompok amat penting dalam keberkesanan kelompok. Seseorang peserta mempunyai sumber teraputik untuk menolong peserta-peserta lain.
- Kerahsiaan menjadi etika yang penting dalam kaunseling kelompok.
- Aktiviti kaunseling hendaklah dirancanng dengan baik.
- Setiap ahli kelompok boleh mencadangkan sesuatu yang boleh memberi kebaikan bersama.
- Seelok-eloknya ahli kelompok terdiri daripada mereka yang sama peringkat kematangan umur.
- Seorang kaunselor mungkin sebagai pemehati sahaja
0 comments:
Post a Comment