Followers

ANDA SUKA BLOG INI??

LAMAN WEB SEKOLAH

LAMAN WEB SEKOLAH
SILA KLIK PADA GAMBAR
Bertindak Sebelum Terlambat, Anda Mampu Mengubahnya!

Anda Semua Mampu Berjaya Dan Pasti Berjaya sekiranya Anda Mahu!

Kami sedia Membantu Anda, Buatlah Temujanji anda Hari Ini!

Wednesday, February 23, 2011

KOMUNIKASI


  • Komunikasi adalah satu proses menyampai dan menerima maklumat dalam bentuk lisan dan bukan lisan
  • Kunci utama dalam komunikasi ialah makna
  • Komunikasi yang berkesan berlaku apabila mesej yang diterima adalah bertepatan dengan mesej yang dihantar
  • Melalui Komunikasi : kita boleh memahami atau mempengaruhi antara satu sama lain    
  •                                :  membina kepercayaan dan kasih sayang
  •                                :  membentuk  atau menamatkan perhubungan
  •                                :  mengenali diri serta mengetahui persepsi orang lain terhadap diri kita


Baca Selanjutnya tentang...KOMUNIKASI

Monday, February 21, 2011

Sesi suaikenal bilik kaunseling.....



Kaunselor sedang memberi taklimat berkenaan dengan fungsi unit bimbingan dan kaunseling.


Baca Selanjutnya tentang...Sesi suaikenal bilik kaunseling.....

Saturday, February 19, 2011

BULI


  • Tingkah laku buli merupakan satu bentuk tingkah laku aggresif (Smith dan Sharp, 1994).
  • Menurut Olweus (1993) tingkah laku buli adalah tingkah laku agresif yang dilakukan secara berulang kali terhadap orang lain secara individu atau berkumpulan. Tingkah laku agresif boleh jadi dalam bentuk fizikal atau lisan yang boleh menyebabkan kecederaan atau ketidak selesaan  atau kesakitan  ke atas individu lain iaitu mangsa buli.
  • Tingkah laku buli termasuklah tindakkan –tindakan seperti mengejek, pemulauan dan memukul (Olweus, 1991; Rigby, 1997; Thompson dan Sharp, 1998).
  • Menurut Olweus (1993) terdapat tiga jenis tingkah laku buli iaitu fizikal ,verbal dan tingkah laku  anti sosial.
  • Smith dan Sharp (1994) pula mengelaskan tingkah laku buli kepada tiga jenis iaitu fizikal, verbal dan tidak langsung.
  • Tingkah laku buli fizikal merujuk kepada tingkah laku yang berbentuk fizikal seperti memukul, menendang, mencederakan, menolak, menarik rambut, mengambil  barang kepunyaan orang lain dan sebagainya (Olweus, 1993; Smith dan Sharp ,1994).
  • Tingkah laku buli verbal adalah tingkah laku seperti panggilan nama, mengejek, mengusik dan mencemuh berulang kali, menghina dan melabel kaum (Smith dan Sharp , 1994; Salmivalli, 2001).
  • Tingkah laku buli antisosial termasuklah tingkah laku tingkah laku buli tidak langsung seperti menyebar fitnah, gossip, penyisihan sosial, pemulauan dan merosakkan harta benda secara berulang kali (Olweus, 1993a; Smith dan Sharp , 1994; Rigby, 2001).
  • Ciri-ciri mangsa buli ialah sifat-sifat mangsa buli samaada dari aspek  fizikal atau psikologi (Dake et al., 2003). Ciri-ciri fizikal seperti saiz badan, lemah, tidak aktif bersukan dan mempunyai kecacatan fizikal. Ciri-ciri psikologi pula seperti kurang popular,  bersendirian, tidak yakin pada diri dan pasif.


Baca Selanjutnya tentang...BULI

MUTIARA HATI - ARTIKEL PILIHAN


Koleksi Mutiara kata 1
* Mimpi tidak akan menjadi kenyataan jika kita asyik tidur.
* Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.
* Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu
perkara iaitu USAHA.
* Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan & yang mana satu kawan.
* Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak mengejar nama.
* Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap.
* Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah kapal yang besar.
* Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik.
* Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah suara yang paling merdu di dunia.
* Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.
* Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama.
* Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan.
* Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa kepada kejayaan. Kejayaan membawa kepada impian
sumber:http://www.scribd.com/doc/2825016/KATAKATA-MUTIARA-HATI
Baca Selanjutnya tentang...MUTIARA HATI - ARTIKEL PILIHAN

Jika Anda menginginkan sesuatu yang belum pernah anda miliki, Anda harus bersedia melakukan sesuatu yang belum pernah Anda lakukan.
If you want something you’ve never had, you must be willing to do something you’ve never done.
~ Thomas Jefferson


Baca Selanjutnya tentang...

Friday, February 18, 2011

Makna ABC


A = Asah Bakat Dan Potensi Anda
B = Bayangkan Cita-Cita Besar
C = Ciptalah Kehidupan Yang Baik
D = Doronglah Diri Anda Ke Puncak Jaya
E = Ehsan Sesama Manusia
F = Fikir Masa Depan Anda
G = Gambarkan Kemenangan
H = Hiburkan Diri Anda Dan Orang Lain
I = Impikan Apa Yang Boleh Anda Jadi
J = Jimat Cermat Dalam Segala Hal
K = Kesihatan Diri, Akal Dan Jiwa Harus Diutamakan
L = Lawan Nafsu Jahat Anda
M = Maafkan Kesalahan Orang Lain
N = Nekad Menanggani Masalah
O = Orang Lain Sumber Pengalaman Anda
P = Percaya Pada Ketentuan Illahi
Q = Qiamullail Mendekatkan Diri Kepada Allah
R = Restu Ibu Bapa Membawa Barakah
S = Sentiasa Mempunyai Semangat Ingin Mencuba
T = Tolonglah Orang Yang Memerlukan
U = Usaha Bersungguh-Sungguh
V = Visi Dan Misi Perlu Jelas
W = Waktu Sangat Berharga
X = X-Ray Dan Muhasabah Diri Selalu
Y = Yakin Kemampuan Dan Kebolehan Diri
Z = Zaman Muda Hanya Sekali, Jangan Sia-sia

(Dipetik dari mindailmuwan)

Baca Selanjutnya tentang...Makna ABC

Semangat Motivasi



Baca Selanjutnya tentang...Semangat Motivasi

Bunyi Alam



Baca Selanjutnya tentang...Bunyi Alam

10 Cara Membina Motivasi Diri

1. Perbaiki imej anda Cuba lakukan sedikit perubahan
Kalau selama ini anda tidak kisah kalau seluar yang dipakai sehingga seminggu dan tidak bergosok, cuba kali ini menukarnya selalu dan pelbagaikan warnanya. Jika anda wanita, tukar imej kusam kepada kemas. Elegan dan aktif. Perkemaskan juga wajah anda denga sedikit solekan ringan. Kenakan warna-warna ceria pada tubuh anda; pada baju dan tudung. Hiasi jari dengan sebentuk cincin untuk menambah seri. Jangan terlalu pendiam, tetapi jangan pula terlalu bising. Bersikap sederhana dan ringankan mulut jika orang meminta pendapat.

2. Lakukan senaman ringan

3. Senyum Senyum boleh mengubah segala-galanya.
Hadiahkanlah senyuman kepada seseorang, anda akan mendapat senyumannya balik.

4. Berfikiran positif
Berfikiran positif membolehkan minda anda mengeluarkan arus alpha iaitu arus kecemerlangan untuk membina kejayaan. Berfikiran positif juga membuatkan perkara yang sukar menjadi senang, masalah bertukar menjadi peluang, masa depan kelihatan lebih cerah dan insyaAllah rezeki pun akan meluas. Fikiran-fikiran positif itu adalah doa berpanjangan yang kita panjatkan. Selama kita berfikiran positif, selama itulah menjadi satu pengharapan yang amat besar terhadap ALLAH.

5. Dapatkan tidur yang mencukupi
Rungsing dan marah-marah kadangkala disebabkan keletihan akibat tidak mendapat rehat yang mencukupi. Tidur yang tidak mencukupi akan mencetuskan arus theta atau arus delta, dua arus kemunduran. 6. Luahkan pada seseorang
Anda memerlukan seorang sahabat ketika anda berasa tidak stabil seperti ini, bahkan dalam suasana yang biasa pun anda memerlukan seorang sahabat.

7. Curahkan di atas kertas
Curahkan semua yang merunsingkan fikiran anda itu ke atas kertas. Curahkan segala-galanya tanpa tertinggal satu pun. Kemudian bakar dan hanyutkan ke sungai. Terasa lega.

8. Bersedia untuk berubah
Jangan teragak-agak untuk melakukan perubahan. Jika orang lain boleh, mengapa anda tidak? Apa istimewanya orang lain, sedang anda juga makhluk ALLAH yang dikurniakan dengan pelbagai kelebihan dan keistimewaan tertentu.

9. Cari kegemaran baru
Sesetengah daripada kesukaan kita akan sampai kepada penghujungnya. Hobi juga begitu. Maka apabila anda mula merasakan hidup ini mulai kosong carilah kegemaran-kegemaran baru. Tidak salah bermain game misalnya, untuk melihat adakah minat anda boleh tumbuh di sini.

10. Bertegaslah
Bertegaslah dengan diri anda sendiri. Apabila anda mengambil satu-satu keputusan anda berpegang teguh pada keputusan itu dengan meletakkan sepenuh kepercayaan bahawa anda akan berjaya. sumber:i luv islam

Baca Selanjutnya tentang...10 Cara Membina Motivasi Diri

Tuesday, February 15, 2011

Bila perkhidmatan kaunseling diperlukan??

  1. Kurang keyakinan diri
  2. Masalah perhubungan dengan rakan
  3. Masalah peribadi
  4. Pengurusan diri, Masalah lupa, sukar menguruskan masa, sukar menumpukan perhatian dalam kelas
  5. Pengaruh rakan sebaya
  6. Masalah komunikasi, hilang minat, persekitaran dan lain-lain
  7. Masalah emosi, trauma, fobia, rendah diri, pasif, cemburu dan menyendiri
  8. Kemahiran ketegasan diri, kemahiran belajar
  9. Kemahiran menguruskan tekanan dan kemarahan
  10. Ingin tahu personaliti dan mengenali diri
  11. Ingin merancang melanjutkan pelajaran dan dunia kerjaya
  12. Dan seterusnya

Baca Selanjutnya tentang...Bila perkhidmatan kaunseling diperlukan??

KRITERIA PELAJAR YANG PERLU DIBANTU

  1. Pelajar berpotensi/ cemerlang
  2. Pelajar mempunyai isu ( sosial, kewangan, peribadi, kerjaya, tegar, pengurusan diri dan disiplin )
  3. pelajar kelulusan bersyarat
  4. Pelajar berpencapaian rendah
  5. Pelajar introvert dan ekstrovert yang kritikal
  6. Pelajar krisis gender
  7. Pelajar dengan pembinaan kerjaya




Baca Selanjutnya tentang...KRITERIA PELAJAR YANG PERLU DIBANTU

Monday, February 14, 2011

KAUNSELING KELOMPOK

definisi:-
  • Kaunseling kelompok membuka jalan kepada individu mengubah sikap dan tingkahlakunya, mengikut nilai dan tanggapan asal sesebuah kelompok.
  • Semua fungsi ini digunakan dalam sesebuah kelompok kecil dengan berkongsi masalah peribadi bersama rakan sebaya

matlamat:-
  • Membantu pertumbuhan pelajar dalam bidang akademik serta mewujudkan interaksi individu yang lebih sihat.
  • Mewujudkan program pencegahan yang dapat mengurangkan krisis dalam diri dan krisis di antara individu.
  • Mengurangkan masalah disiplin serta mewujudkan suasana yang lebih seronok di sekolah.
  • Menanamkan rasa penerimaan diri sendiri dan belajar untuk mengurangkan jual mahal atau tarik diri.
  • Menyedari dan menerima beberapa persamaan dalam diri seseorang.
  • Membolehkan seseorang itu sabar terhadap sebarang kesusahan.
Ciri-ciri:-

  • Memberi focus kepada pemikiran sedar dan tingkah laku.
  • Penyertaan haruslah secara sukarela. Peserta harus bersedia berkongsi pengalaman dan bersedia mengubah diri.
  • Sebelum menjadi peserta, penerangan yang jelas tentang objektif kelompok harus diberi kepada peserta dan pentadbir.
  • Bentuk kelompok yang beraneka jenis ideal jika mempunyai 8 hingga 10ahli yang berjumpa sekali atau dua kali seminggu selama 1 hingga 1½ jam dalam 3 hingga 5 sesi. Jumlah sesi bergantung kepada keperluan peserta serta kemampuan kaunselor.
  • Peranan seorang peserta kelompok amat penting dalam keberkesanan kelompok. Seseorang peserta mempunyai sumber teraputik untuk menolong peserta-peserta lain.
  • Kerahsiaan menjadi etika yang penting dalam kaunseling kelompok.
  • Aktiviti kaunseling hendaklah dirancanng dengan baik.
  • Setiap ahli kelompok boleh mencadangkan sesuatu yang boleh memberi kebaikan bersama.
  • Seelok-eloknya ahli kelompok terdiri daripada mereka yang sama peringkat kematangan umur.
  • Seorang kaunselor mungkin sebagai pemehati sahaja




Baca Selanjutnya tentang...KAUNSELING KELOMPOK

Orientasi Tingkatan 1


Tajuk: Semerbak Cemerlang
Oleh: Wan Nasuha
Bertemakan “Semerbak Cemerlang” yang merupakan kata keramat bagi membangkitkan semangat para pelajar SMK BATU KAWA, Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMK Batu Kawa telah membuka tirai tahun 2011 dengan menganjurkan program orientasi pelajar Tingkatan satu dan peralihan Smk Batu Kawa. Program ini telah dilangsungkan selama seminggu dengan jayanya iaitu bermula pada 3 Januari 2011(Isnin) sehingga 7 januari 2011 (Jumaat) yang bertempat di Dewan Semerbak SMK Batu Kawa.
Alam Sekolah menengah merupakan alam baru yang bakal ditempuh oleh pelajar tingkatan satu dan peralihan iaitu mereka akan menghadapi perubahan dari alam sekolah rendah ke sekolah menengah yang mana mereka akan berhadapan dengan suasana pengajaran dan pembelajaran yang amat berbeza daripada apa yang telah mereka alami semasa di sekolah rendah.
Pendedahan dan maklumat awal merupakan suatu perkara yang sangat penting bagi mereka dan ini juga merupakan tujuan utama program ini dilaksanakan selaras dengan perkembangan sistem pendidikan terkini melalui pembentukan sahsiah dan konsep kendiri yang positif.
Selain itu, program ini juga bertujuan untuk membimbing pelajar memahami dan menghayati sistem pembelajaran yang lebih berkesan sebagai persediaan ke arah pencapaian akademik yang cemerlang.
Permulaan program orientasi tingkatan satu dan peralihan ini diserikan dengan ucapan amanat dari tuan pengetua SMK Batu Kawa, En. Nedumaran A/L Linggapan.
 Antara amanat penting bagi warga baru sekolah iaitu pelajar tingkatan satu dan peralihan ini ialah agar menjadi pelajar SMK Batu Kawa yang berkualiti dan berdisiplin.
 Selain itu, beliau mengamanahkan supaya setiap pelajar hendaklah sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran yang mendatang pada peringkat sekolah menengah.
 Pengisian program lebih menjurus ke arah pendedahan awal kepada pelajar berkaitan SMK Batu Kawa dan alam baru yang bakal dilalui oleh pelajar. Antara pengisian penting yang dijalankan selama seminggu program ini berlangsung ialah taklimat “Projek Nilam” yang disampaikan oleh Brink Senget.
 Taklimat “Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling” pula disampaikan oleh Puan Maria Lok. “Khidmat kaunseling penting untuk pelajar,”: tegas Cikgu Maria. Kaunseling memberi    anda kemudahan dalam bentuk bimbingan secara menyeluruh. Hal ini kerana, kaunseling merupakan suatu proses interaksi yang membolehkan individu memahami diri dan situasinya. Proses ini akan mengakibatkan pembentukan atau penjelasan matlamat dan nilai hidup individu itu hingga dia dapat menentukan tindakan yang wajar untuk masa depannya.
 Taklimat “Pemilihan Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu” iaitu KT pula disampaikan oleh cikgu Andrew Bong, ERT oleh cikgu Selina Moneg dan Perdagangan oleh cikgu Dumang.
 Taklimat kokurikulum disampaikan oleh guru Penolong Kanan Kokurikulum, cikgu Arrick Bantin. Beliau menegaskan kepentingan kokurikulum terhadap pembentukan sahsiah dan mampu menjana modal insan yang cemerlang.
 Taklimat “Pusat Sumber” oleh Margerat Phang, Taklimat “Keselamatan Di Makmal Sains” dan “PEKA Sains” oleh Genevieve Yong, Taklimat ”Visi dan Misi Sekolah” dan  ”165” oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Cikgu Jais Sahok, dan taklimat “Koperasi” oleh Sophia Tan.
 Selain itu, beberapa pengisian menarik juga dijalankan iaitu Slot Bersama PK Petang yang bertajuk “Mengenal Sekolah Anda” oleh cikgu Bobby Langat, terdapat juga slot  ceramah yang disampaikan oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Neo Hui Kiam yang bertajuk “Budaya Di Sekolah Menengah”
 Ceramah terakhir yang disampaikan kepada pelajar ialah ceramah yang bertajuk ”Personaliti Terjulang Pelajar Sekolah Menengah” oleh cikgu Jais Sahok dan program ini diakhiri dengan pembahagian buku teks kepada pelajar pada hari terakhir program.
 Kerjasama dari pihak sekolah, guru-guru serta para pelajar telah menjayakan program ini dan dapat memberi manfaat kepada semua pihak. Pelaksanaan program ini juga dapat membuka minda pelajar atau warga baru SMK Batu Kawa tentang dunia baru yang bakal ditempuhi oleh mereka. Pihak sekolah juga mengucapkan selamat datang kepada warga baru ini dan diharap pelajar tingkatan satu dan peralihan dapat meningkatkan lagi nama baik sekolah sama ada dari segi akademik mahupun bidang kokurikulum.
 Tinjuauan ke atas pelajar yang terlibat dalam orientasi ini rata-rata menyatakan rasa puas hati mereka. Lebih-lebih lagi mereka memperoleh hadiah buku karangan sendiri oleh Cikgu jais Sahok. Hadiah tersebut diberikan kepada mereka diatas komitmen yang ditunjukkan sepanjang program ini berlangsung.
3 guru bimbingan dan kaunseling bersama pelajar terbaik sepanjang program













3 guru bimbingan dan kaunseling bersama pelajar terbaik sepanjang program
awak baca elok-elok awak dapat hadiah buku saya kata c jais












Awak Baca elok-elok, awak dapat hadiah buku saya.... kata C jais
cikgu maria menyampaikan taklimat perkhidmatan bimbingan dan kaunseling












Cikgu Maria menyampaikan taklimat Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
cikgu wan nasuha menyampaikan hadiah buku ngoncong kepada seorang pelajar












Cikgu Wan Nasuha menyampaikan hadiah buku Ngoncong kepada seorang pelajar
dah dapat hadiah baca ya












Dah dapat hadiah, baca ya...
nyanyi kuat-kuat kata cikgu sharifah penuh semangat












Nyanyi kuat-kuat, kata Cikgu Sharifah penuh semangat
pelajar t1 bangga memiliki buku catatan harian smk batu kawa












Pelajar T1 bangga memiliki buku catatan harian SMK batu kawa

Baca Selanjutnya tentang...Orientasi Tingkatan 1
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...